1.05.2006

Kek Span

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir (225 ml)
2 cawan ayer sejuk (225 ml)
2 camca besar mentega
½ tin susu cap junjung
2 camca the bicarbonate of soda
8 biji telor ayam

Peraturan
Masak gula hingga kuning. Tuangkan air sejuk, angkat dan sejukkan. Pukul mentega dengan susu kemudian masukkan telur sebiji2. Masukan tepung, bicarbonate of soda sedikit2 hingga habis. Tuangkan air gula dan masukan dalam acuan dan bakar.

Biskut Badam

10 senduk besar tepung gandum
2 senduk besar marjerin
2 biji telur ayam
2 sendok besar gula halus
1 camca teh baking powder
2 helai kertas minyak
sedikit badam

Peraturan
Kacau marjerin dengan gula sampai kembang, masukkan merah telur sebiji sahaja dan masukkan esen ros, kacau, masukkan tepung yg diayak dgn baking powder tadi. Lepas itu canai ¼” tebal. Potong buahh badam nipis2. Lepas itu bubuh di atas lalu di baker. Telor yang sebiji lagi disapu di atas.

Biskut Buah Peron

5 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus
1 gelas marjerin
2 biji telur ayam
1 kotak buah peron, essen ros

Peraturan:
Buah peron di lengat dulu, lepas itu lecek sampai halus. Pukul telur dulu sampai kembang baharulah bubuh tepung, gula marjerin, uli sampai lembut baharu canai. Lepas itu bubuh buah peron di tengah2, lalu dilipat dua, kemudian dipotong ikut suka hati.

Biskut Kulit Kerang

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 biji merah telur
sedikit vanilla

Biskut Buah Kana

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
5 sudu makan marjerin
5 sudu makan koko
1 sudu vanilla
sedikit pencelup merah
1 biji merah telur
kacang tanah 10 sen

Peraturan:
Marjerin pukul sama gula sampai kembang. Masukkan merah telor pukul lagi, lepas itu masukkan tepung jagung, tepung gandum, vanilla, pencelup merah dan koko, uli sampai sebati. Tekan dalam acuan putu kacang, ditengah tekan biji kacang tanah.

Biskut Kerang

1 biji telur merah
6 oz gula halus
7 oz marjerin
11 oz tepung gandum
½ sudu baking powder
sedikit cocoa

Kek Kukus

1 kati tepung gandum
5 biji telor ayam
1 tin mentega (cap gendang) 340 gram
2 cawan gula halus
1 cawan gula pasir digoreng hangus
1 lb. kismis hitam
4 camca teh cream of tartar
2 camca teh soda bicarbonate
2 camca teh essen orange
½ biji pala ditumbuk

Peraturan:
Mentega dan gula di pukul hingga putih. Masukkan telur sebiji2, pukul lagi hingga puteh. Masukkan tepung, kismis, gula hangus, kacau hingga rata. Kukus selama 4 jam.

Biskut Corn Flakes

6 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula halus
1 biji telur ayam
1 camca teh baking powder
Corn flakes, esen vanilla

Peraturan:
Pukul marjerin sama gula sampai kembang dan bubuh telur, pukul lagi. Masukkan tepung sedikit-sedikit, campurkan kedalam marjerin yang di pukul tadi. Lepas itu masukkan esen vanilla. Bubuh di atasnya corn flakes. Buat seperti jemput pisang.

Biskut Ribin

1 cawan marjerin planta
¾ cawan gula halus
1 biji telur merah sahaja
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastat
1 sudu vanilla
Ribinnya ceri atau kismis, putih telur

Peraturan:
Pukul marjerin dengan gula sampai kembang, masukkan merah telur pukul lagi. Masukkan tepung ubi sampai rata dengan vanilla. Tekan acuan samperit atau acuan dalia.

Biskut Medan

1 cawan gula halus
1cawan marjerin
1 ½ cawan tepung ubi
2 ½ cawan tepung gandum
3 biji merah telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
jem untuk intinya

Peraturan:
Pukul gula dengan marjerin sampai kembang. Masukkan tepung ubi, gandum. Canaikan tekan dengan acuan.

Biskut Nescafe

2 cawan tepung
½ cawan gula
1 cawan planta
1 sudu makan Nescafe
½ sudu vanilla
1 biji merah telur

Peraturan:
Planta, gula telur dipukul hingga naik dan masukkan Nescafe dan vanilla. Lepas itu masukkan tepung, gaul rata-rata, tekan acuan daun dan bakar.

Tips:
Nescafe bolehlah dihancurkan menjadi serbuk dengan menggunakan penapis supaya tidak berketul-ketul di dalam biskut.