1.05.2006

Kek Span

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir (225 ml)
2 cawan ayer sejuk (225 ml)
2 camca besar mentega
½ tin susu cap junjung
2 camca the bicarbonate of soda
8 biji telor ayam

Peraturan
Masak gula hingga kuning. Tuangkan air sejuk, angkat dan sejukkan. Pukul mentega dengan susu kemudian masukkan telur sebiji2. Masukan tepung, bicarbonate of soda sedikit2 hingga habis. Tuangkan air gula dan masukan dalam acuan dan bakar.

Biskut Badam

10 senduk besar tepung gandum
2 senduk besar marjerin
2 biji telur ayam
2 sendok besar gula halus
1 camca teh baking powder
2 helai kertas minyak
sedikit badam

Peraturan
Kacau marjerin dengan gula sampai kembang, masukkan merah telur sebiji sahaja dan masukkan esen ros, kacau, masukkan tepung yg diayak dgn baking powder tadi. Lepas itu canai ¼” tebal. Potong buahh badam nipis2. Lepas itu bubuh di atas lalu di baker. Telor yang sebiji lagi disapu di atas.

Biskut Buah Peron

5 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus
1 gelas marjerin
2 biji telur ayam
1 kotak buah peron, essen ros

Peraturan:
Buah peron di lengat dulu, lepas itu lecek sampai halus. Pukul telur dulu sampai kembang baharulah bubuh tepung, gula marjerin, uli sampai lembut baharu canai. Lepas itu bubuh buah peron di tengah2, lalu dilipat dua, kemudian dipotong ikut suka hati.